ADVERTISEMENTspot_img

Penganut Agama Taoisme raikan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa di Labuan

Sebahagian daripada penganut agama Taoisme (Budha) yang menyertai perayaan itu.

LABUAN: Penganut agama Buddha (Tsoisme) meraikan sambutan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa (Nine Emperor Gods Festival) di Labuan baru baru ini.

Menurut Pengerusi Tokong Fey Huan Shan Ba Miao,Datuk Wong Kii Yii yang menganjurkan perayaan itu berkata perayaan itu diadakan pada hari kesembilan bulan kesembilan kalender Cina, bertujuan untuk menghormati Sembilan dewa yang dipercayai berasal dari Syurga.

“Sepanjang perayaan berlangsung, penganut akan memakai pakaian serba putih dan berpantang makan daging, makanan laut dan tenusu serta menyalakan colok gergasi di tokong” katanya di sini.

Wong berkata, penyertaan pada tahun ini sangat meriah kerana disertai oleh penganut agama yang sama dari Sabah dan Sarawak.

“Ini sekaligus turut membantu merancakkan ekonomi pulau ini khususnya perhotelan, restoran dan kedai makan” Jelasnya.

Selain iti , perayaan tersebut bukan sahaja disambut oleh penganut agama Taoisme (Budha) malah turut disaksikan kehadiran pelancong dari luar untuk melihat keunikan upacara agama ini.

Wong yang juga Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Labuan berkata, acara kemuncak perayaan itu ialah perarakan kenderaan berhias sepanjang lima kilometer dengan mengangkat kerusi tandu yang menurut kepercayaan penganut menjadi kenderaan dewa.

Selain itu, peserta perarakan turut memegang colok sambal dimeriahkan dengan persembahan tarian singa yang diiringi kenderaan berhias.

Perarakan bermula sekitar 7.30 malam dari Tokong Feng Huan Shan Ba Miao menghala ke Jalan Merdeka sebelum tiba di Tokong Cina Guang Fo Gong di pusat bandar.

Perarakan tersebut melalui Jalan Arsad Batu Arang, Jalan Tun Mustapha, Jalan Kampung Jawa, Jalan OKK Abdullah dan Dataran Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN