PAMERAN…. Mohd Sabri ketika meninjau gerai pameran sempena Program PKD Mobile peringkat Labuan, pada Sabtu
LABUAN: Penganjuran Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) adalah medan terbaik dalam meningkatkan komunikasi antara kerajaan dan rakyat di luar bandar.
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Sri Ramlan Mohd Harun berkata pelaksanaannya PKD Mobile membuktikan komitmen berterusan KKDW dalam mempercepatkan penyaluran dan bantuan serta inisiatif untuk rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar.
“Secara umumnya PKD diwujudkan bertujuan meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat luar bandar, selain membantu mempercepatkan penyaluran peruntukan dan bantuan serta inisiatif untuk rakyat|” katanya ketika beerucap pada Program Komuniti Desa Mobile 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di sini, pada Sabtu.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi dan Komuniti, Mohd Sabri Ramly.
Dalam waktu yang sama, PKD akan terus diperkasa dengan objektif untuk membawa perkhidmatan yang tersedia oleh jabatan dan agensi kekawasan luar bandar di seluruh pelusuk negara dengan konsep PKD sebagai ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan”.
Sebanyak 21 agensi kerajaan dan swasta turut bersama sama menjayakan program tersebut.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan termasuk pameran produk tempatan, kuiz dan jualan rahmah.