26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengamal media di Keningau terima bantuan bakul makanan sumbangan Robert Tawik.

Haji Yazid (dua dari kanan)mewakili Robert menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Dr. Francis

KENINGAU: Sebanyak 21 bantuan bakul makanan disampaikan kepada pengamal media di daerah ini melalui Persatuan Wartawan Keningau (KJA) dan Portal The Borneo Digest.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, bantuan itu bagi membantu meringankan beban mereka dan sebagai penghargaan kepada mereka kerana terus berkhidmat menyampaikan berita-berita yang benar untuk maklumat orang ramai sepanjang pandemik Covid-19 ini melanda.

“Mereka juga bekerja keras dalam mengejar mendapatkan maklumat daripada sumber berita yang sahih bagi memerangi berita palsu yang mampu membuatkan masyarakat cemas dan kucar-kacir.

“Terima kasih atas peranan media dalam memerangi berita palsu, menyampaikan maklumat yang benar dan menyampaikan seruan-seruan kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Biro Agama Islam DUN Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles bagi mewakili beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor berkata, bagi pihak kerajaan juga sentiasa terbuka dalam menerima teguran khususnya keluhan-keluhan rakyat yang disampaikan oleh media yang sahih kerana mereka telah mendapatkannya daripada sumber berita di lapangan,” jelasnya.

Sementara itu, bagi Presiden KJA, Marutin Ansiung berterima kasih kepada keprihatinan Datuk Robert kerana memahami pengorbanan dan menghargai peranan para media yang turut serta membantu dalam memerangi pandemik Covid-19 ini.

Katanya, sememangnya media mempunyai peranan tersendiri dalam memerangi Covid-19 ini dan turut terdedah kepada jangkitan Covid-19 kerana sentiasa berada di lapangan untuk mendapatkan berita.

Namun katanya, beliau mewakili para media khususnya media di Pedalaman berterima kasih kepada kerajaan dan pemimpin yang sentiasa menghargai peranan media.

Hadir pada penyampaian bantuan tersebut ialah Timbalan Presiden KJA, Dr Francis Andin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN