27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengakap Labuan sertai Jambori Dunia Di Udara & Di Internet

ROSNI (tiga kanan) memerhatikan ahli Pandu Puteri menghubungi rakan pengakap di aktiviti JOTA.

LABUAN: Pengakap Labuan turut menyertai Jambori Dunia di Udara (Jamboree On The Air – JOTA) Ke-65 dan di Internet (Jamboree On The Internet – JOTI) Ke-26 yang berlangsung secara serentak di seluruh dunia pada 15 Oktober lalu.

Ahli pengakap seluruh dunia berkumpul dan berkomunikasi dengan menggunakan radio amatur dan juga internet di pautan yang disediakan.

Koordinator program tersebut, Skip Rosni Mohd Daud berkata, penganjuran yang dibuat oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan merupakan acara tahunan dan terhenti seketika akibat pandemik COVID -19.

Setiap stesen JOTA yang mengambil bahagian mempunyai isyarat pengenalan (callsign) masing-masing seperti isyarat panggilan “9M4SJL” bagi stesen JOTA di WP Labuan.

Stesen JOTA Labuan juga menggunakan callsign 9W6RMD dan 9W6SIM untuk komunikasi simplex.

Sambutan daripada ahli dan pemimpin pengakap terhadap program ini sangat menggalakkan.

Seramai 369 peserta hadir di stesen JOTA Labuan di Labuan International School.

Seperti tahun sebelumnya ini, Pengakap Labuan turut membuka peluang kepada ahli Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Polis dan Kadet Bomba, untuk sama-sama menjalankan aktiviti JOTA/JOTI.

Peserta tersebut terdiri daripada ahli pengakap dan pemimpin yang terdiri daripada beberapa pasukan unit beruniform di negeri ini iaitu dari SK Sungai Lada, SK Membedai, SK Tanjung Aru, SK Layangan, SK Pekan 2, SJKC Chung Hwa, SK Kerupang, SK St Anne SM Sains Labuan, SM St Anne, SMK Labuan, SMA MAIWP, Labuan International School, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Lajau, SMK Mutiara dan SMK Pantai.

Tambah Rosni, dalam program tahunan itu, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik pengendalian radio amatur termasuklah tatacara yang digunakan dalam rangkaian antarabangsa yang merupakan salah satu silibus di dalam skim latihan pengakap.

Peserta yang hadir mempelajari teknik berkomunikasi menggunakan kaedah Morse Code, perbualan maya, Kod Q, Kod Fonetik, Semaphore dan penggunaan radas radio.

Peserta yang berjaya mengikuti program sepenuhnya dianugerahkan sijil dan Lencana JOTA/JOTI.

Sijil penghargaan turut disampaikan kepada koordinator stesen aktiviti yang bertugas.

Koordinator ini terdiri daripada pemimpin yang telah dilatih kemahiran pelaksanaan JOTA/JOTI.

Majlis perasmian penutupan jambori ini disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS), Fadlin Aimuni Binting.

Turut hadir, Pengetua SMA MAIWP Skip Mohd Hasnizan Hasin merangkap Bendahari Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan  Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN