ADVERTISEMENTspot_img

PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK BERSAMA PEMIMPIN, ERAT SILATURAHIM

dari kiri) Abidin, Hisahamudin dan Kenny bersama kanak-kanak tersebut

SETIAP kali di bulan ramadan, bubur lambuk pasti menjadi sajian wajib berbuka puasa. Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang mudah disediakan dan sangat sesuai dihidangkan untuk keselesaan perut semasa kosong setelah berpuasa hampir dua belas jam.

Tidak lengkap jika tidak berpeluang menikmatinya sekurang-kurangnya sekali pada setiap ramadan. Tradisinya, bubur lambut setelah dimasak secara bergotong-royong ia diagih-agihkan kepada jiran, sanak saudara dan sesiapa sahaja sahabat handai tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan.

Istimewanya baru-baru ini, sebanyak 200 kontena bubur lambuk telah diagih-agihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir kepada para penduduk di sekitar Kampung Lohan 1, kira-kira 8 kilometer dari Pekan Ranau.

salah seorang penerima bubur lambuk daripada Abidin

Datuk Abidin diiringi wakil dari Jabatan Penerangan Ranau, Kenny Thomas dan PPM N38 Paginatan, Hishamuddin Hj. Harun.

Menurut Hishamuddin, program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di bawah Program Info On Wheels Ramadhan JAPEN Ranau.

Di samping sebagai satu simbol penting mengeratkan silaturahim pemimpin bersama rakyat, program tersebut juga menjadi medan kempen penyaluran maklumat-maklumat penting dan sahih tentang Covid-19, bantuan-bantuan kerajaan dan isu-isu semasa.

Jabatan Penerangan menerusi program ini mengingatkan orang ramai, jangan sesekali mudah terpengaruh oleh penipuan scammer. Orang ramai dinasihatkan mendapatkan terlebih dahulu maklumat yang sahih dan tepat daripada pihak-pihak yang berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN