27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peneraju kepimpinan negeri Sabah haruslah yang boleh diterima majoriti kaum: Rubin

Rubin (kesembilan dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Maijol.

KOTA MARUDU: Seorang pemimpin yang menerajui kepimpinan negeri Sabah haruslah yang boleh diterima oleh majoriti kaum-kaum di negeri ini.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Rubin Balang berkata, ini bagi membolehkan negeri ini sentiasa aman damai, harmoni dan makmur.

Katanya, apabila keadaan Sabah harmoni suara adalah satu memudahkan pembangunan dilaksanan dalam pelbagai aspek seperti pendidikan,insfrustruktur (Utiliti) yang mencukupi dan menampung keperluan oleh semua rakyat jelata bagi menjana ekonomi yang mapan.

“Kita juga sedia maklum bahawa Sabah telah melahirkan ramai pemimpin yang
berkebolehan memiliki ketokohan namun di waktu ini Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor selaku Ketua Menteri adalah pilihan majoriti kerana memiliki ciri-ciri kepimpinan yang boleh diterima
banyak pihak” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Bandau di dewan komuniti Kota Marudu di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, suatu masa nanti Sabah tentunya juga akan memilih ciri-ciri
pemimpin yang boleh diterima banyak pihak (majoriti).

Jelasnya, tidak mungkin seseorang pemimpin dapat diterima oleh rakyat 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya ia diterima majoriti oleh rakyat.

Rubin yang juga Pengerusi SEDCO dalam ucapannya menyokong hasrat kepimpinan Gagasan Rakyat Bahagian Bandau yang diketuai oleh Datuk Maijol Mahap untuk mewujudkan pekan baru di kawasan DUN Bandau.

Katanya, pihak SEDCO bersedia untuk membantu apabila diperlukan.

Pada masa sama Rubin menyarankan kepada ahli parti agar terus bersatu padu terutama sesama ahli dan rakan komponen serta rakan gabungan di negeri ini untuk menghadapi PRN akan datang dengan Jentera PRN akan datang.

Katanya, pemimpin dan ahli parti perlu bersiap siaga kerana tempoh penggal DUN akan berakhir pada hampir-hampir penghujung tahun depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN