30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk ucap terima kasih kepada Jonathan, Gereja RC Kg.Wakako siap dibina

Jonathan (tengah) merakam gambar bersama Father Nick (kanan) sejurus perasmian Gereja RC Kg.Wakako Ranau.

RANAU: Warga Kg.Wakako terletak kira-kira 60 kilometer dari pekan disini, merakam penghargaan  dan terima kasih kepada Timbalan  Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin, atas sumbangan RM70 ribu bagi membiayai kos pembinaan bangunan Gereja Roman Katolik (RC)  berkeluasan  30’X50′ di kampung itu yang kini sudah siap untuk digunakan.

Pengerusi JPKK Kg.Wakako, Dualis Dumi, memberitahu yang  kampung itu kini  mencecah hebih  100 orang penduduk khususnya yang beragama RC, berterima kasih atas sumbangan Datuk Jonathan dalam pembinaan bagunan gereja  tersebut memberi keselesaan dan kemudahan kepada mereka yang beragama RC untuk menunaikan kewajiban beragama.

Menurutnya, selain kos pembinaan gereja RC itu Datuk Jonathan juga menghulurkan sumbangan RM15 ribu untuk JPKK dan RM5 ribu lagi untuk Wanita Kg. Wakako.

“Kami seluruh masyarakat Kg.Wakako amat berterima kasih dan terhutang budi dengan Datuk Jonathan yang amat prihatin dengan keperluan penduduk luar bandar”, tambah Dualis.

Hadir sama.pada majlis perasmian Gereja itu ialah, Father Nick Nicholas Stephen bersama ratusan penduduk setempat.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN