Beginilah keadaan jalan raya Kampung Tinunun yang sudah siap dinaiktaraf.
KENINGAU:Para penduduk Kampung Tinunun Bingkor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik kerana membantu membina jalan konkrit sejauh 600 meter yang memudahkan akses jalan perhubungan mereka ke jalan utama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK)Kampung Tinunun Bingkor Jaulis @ Zeno Lian berkata, para petani dan semua pengguna jalan raya tersebut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kerana bertindak segera mengatasi masalah jalan raya itu yang sudah sekian lama tertangguh.
Jaulis…Pengerusi JPKK.
“Selama ini jalan raya di kampung ini sering rosak dan berlobang, dengan terlaksananya naiktaraf jalan raya ini dengan konkrit kini ia memudahkan akses keluar masuk penduduk ke jalan utama” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini hari ini.
Menurut Jaulis, jalan raya tersebut juga boleh menjadi akses perhubungan para pelancong dari dalam dan luar negeri sekiranya kawasan ini dimajukan sebagai pusat pelancongan.
Beliau berkata, kawasan tersebut adalah berpotensi dimajukan sebagai pusat pelancongan memandangkan alam sekitarnya mempunyai tarikan yang tersendiri.
“Selain Kampung Tinunun, banyak lagi jalan-jalan kampung di kawasan DUN Bingkor telah dinaiktaraf atas usaha ADUN kawasan ini” jelas Jaulis.
Walau bagaimanapun katanya, ada lagi jalan yang perlu diselenggara di masa-masa akan datang.