Serahan Bantuan Bakul Makanan
KOTA MARUDU, 20 Januari 2021:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding (Lima, kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung dari dua buah kampung yang terputus perhubungan kerana hujan lebat yang berterusan.
Bantuan Bakul Makanan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Pusat Bencana.
Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, dia dan ahli kerja Pejabat DUN Tandek membuat penghantaran seawal pagi menggunakan kenderaan pacuan empat roda (four wheel drive) memandangkan jalan kampung berkenaan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil. Manakala kos penghantaran bantuan pula dibiayai oleh beliau sendiri.
Kampung yang menerima bantuan ini ialah kampung Bombong Dua yang melibatkan seramai 46 penerima Ketua Isi Rumah (KIR) dan kampung Bombong Empat seramai 48 KIR dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.