25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk terkesan banjir di Nabawan terima bantuan makanan

PPM Nabawan Deckson Andipai (lima dari kanan) menyampai sumbangan bahan-bahan makanan kepada Pengerusi JPKK Kg. Salarom Baru Ambilek Omopor bagi pihak penduduak yang terkesan dengan banjir.

NABAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menghulurkan bantuan bahan-bahan makanan basah dan kering kepada keluarga yang terkesan dengan banjir berganda di Kampung Salarom Baru pada malam 29 dan 30 Mac lepas.

Banjir sungai Mosopoh dua kali berturut-turut itu membabitkan 38 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan bilang keseluruhan 158 orang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan dan pemimpin-pemimpin Parti Gagasan Raykat Sabah (Gagasan) Bahagian Nabawan.

Sumbangan bahan-bahan makanan itu sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terkesan yang tidak dapat keluar ke pekan mendapatkan bekalan makanan kerana sibuk membersihkan lumpur akibat.banjir di rumah masing-masing.

Turut sama dalam misi penghantaran misi bantuan itu, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO) Nabawan Jabat Majilon dan Ketua Anak Negeri Mukim Nabawan Maturin Haji Hasbollah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN