ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Sosondoton ucap terima kasih kepada ADUN dan UPPM Karanaan.

Fazmi Malik wakil UPPM menyampaikan sumbangan kepada KK.Mudi (Kiri) mewakili penduduk.

RANAU : Ketua Kampung, Kg.Sosondoton di sini, Mudi Bin Tipoi, mewakili penduduk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan  Negeri(ADUN) N.30 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Majun kerana menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung berkenaan yang turut terkesan  dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mendepani pandemik Covid-19.

Mudi juga berterima kasih atas sumbangan  Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karanaan yang diketuai Awasi Bin Abdul Gani dan Pemaju Mukim Karanaan, Wailin Bin Marin kerana mengedali kan bantuan tersebut kepada golongan sasar.

Sahrif Manaf (MPKK) Kg.Sosondoton menerima bantuan disampaikan Norazam Shah Matri (Kanan).

“Sumbangan Fasa1dan 2 itu telah membantu meringankan beban penduduk kbususnya mereka yang kurang berkemampuan(miskin),ibu-ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka yang sakit.

“Bantuan tersebut amat bermakna dan dapat membantu penduduk bagi mendepani PKP berikutan penularan Covid-19 yang telah mengorbankan puluhan ribu orang seluruh dunia”, jelas Mudi.

Julianah Kimbin (Kiri) mewakili UPPM Karanaan untuk menyerahkan bantuan.

Beliau mengajak penduduk agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dengan ‘Stay At Home’ (diam di rumah) sepanjang tempuh PKP yang dikuat-kuasakan sejak 18 Mac dan dijangka  berakhir 28 April, 2020.”

“kita harus akur dengan arahan kerajaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan menggunakan Face Mask (alat penutup hidung dan mulut), sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau ‘Sanitizer’ serta menjarakkan sekurang-kurang 1 meter antara satu sama lain sebagai satu cara memutuskan rantaian Covid-19”, tambahnya. TAMAT

     

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN