24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Ranau diseru sentiasa patuh SOP elak jangkitan Covid-19

GAMBAR: Antara ratusan masyarakat Islam yang hadir bersama Jonathan (depan kiri), Masidi (depan tengah) dan Syarin (depan dua kanan).

RANAU: Menteri  Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II negeri Sabah, Datuk seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun menyeru penduduk daerah ini, supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang masih belum berakhir.

Menurut Masidi, jumlah kes positif melibatkan warga Ranau yang kadangkala  menunjukkan peningkatan  membuktikan kurangnya
Kesedaran di kalangan penduduk terhadap kesan bahaya jangkitan  Covid-19.

“Justeru saya menasihatkan penduduk tanpa mengira suku kaum, agama dan idologi politik supaya sentiasa mengamalkan kesedaran terhadap bahaya jangkitan virus Covid-19 yang kini sudah mengorbankan jutaan nyawa tanpa mengira usia mereka”,  tegasnya.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan juga meminta kepada semua Pengerusi JPKK, Ketua Anak Negeri (KAN), wakil KAN di daerah Ranau agar ‘Turun Padang’, untuk mengenalpasti penduduk di kawasan masing-masing sudah divaksinasi dua dos lengkap untuk mengekang penularan Covid -19.

Beliau menegaskan ramai yang sudah lengkap divaksin dua dos merasakan dirinya sudah  kebal tidak lagi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan yang akhirnya dijangkiti  (positif) Covid-19.

“Inilah antara kenapa di daerah kita Ranau, ada peningkatan kes positif  disebabkan kurang disiplin diri sendiri yang akhirnya menjangkiti keluarga dan komuniti.

“Seringkali menjadi punca jangkitan sehingga dikategorikan sebagai kawasan kluster adalah selepas menghadiri upacara pengkebumian, majlis Kenduri, Majlis Kawin, Hari Jadi dan perhimpunan ramai yang mengabaikan kepentingan pematuhan SOP yang ditetapkan”, tambahnya ketika berucap menyempurnakan majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat daerah di Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi yang dihadiri lebih 200 penduduk yang semuanya mematuhi SOP yang ditetapkan dan turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin.

Terdahulu, Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah  Rasul 2021 (1443H), Syahrin Bin Samsir dalam ucapan aluannya mewakili Jawatankuasa penganjur merakam penghargaan terima kasih atas kehadiran Datuk Masidi dan juga kehadiran Datuk Jonathan Yasin, kehadiran ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau, Kakitangan Jabatan Penerangan daerah, PDRM, Rela, Puspanita daerah, warga Pejabat Daerah Ranau serta pemimpin masyarakat.

Menurutnya, kehadiran ramai membuktikan perpaduan tetap wujud dikalangan mereka tanpa dibatasi agama, suku kaum dan fahaman politik.

Menurut Syahrin, sambutan tahun ini agak berbeza meskipun tanpa perarakan seperti kebiasaan, namun  tidak menjadi penghalang daripada menganjurkan sambutan sebagai memperingati sejarah perjuangan dan ketokohan Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Beliau memaklumkan bahawa sambutan tahun ini bertemakan ‘Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’ membawa kepada norma hidup yang menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani  iaitu Rahmat,  Aman, Bertuhan, Bakti, Adil dan Insani.

“Tahun ini juga kita melaksanakan pengisian baharu yang dikenali Permata Rabiul Awal yang merupakan satu pendekatan untuk menyantuni  10 keluarga B40 di daerah Ranau yang menyambut kelahiran cahaya mata pada bulan Rabiulawal dengan kerjasama  Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Ranau,  Jheains daerah Ranau untuk disantuni (menerima sumbangan) keluarga  berkenaan dengan harapan moga kelahiran permata berharga ini akan terus membawa sinar kebahagiaan kepada keluarga mereka”, jelas Syahrin.

Turut diadakan sempena majlis itu ialah Tazkirah Sirah yang disampaikan Pengarah Institut Latihan Islam (ILIM) Kampus Kundasang, Ust.Mohd. Shamsuri Bin Ghazali, Penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Ranau bagi tahun 2021 yang disandang oleh Al-Fadil Ust.Haji Mohd Som Bin Haji Abdul Rahman dan diserikan dengan persembahan daripada kumpulan Suara Buluh Perindu dari Kg.Sinisian Kundasang.
           
              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN