RANAU: Penduduk daerah ini, diajak supaya terus memberi kerjasama kepada pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19, yang kini sudah mengorbankan ratusan ribu penduduk dunia sejak 18 Mac 2020.
Ramai Pengerusi Majlis Pengurusan Komumiti Kampung (MPKK) di Ranau yang di temui, masing-masing menyokong usaha kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai barisan hadapan menangani jangkitan Covid-19.
Menurut mereka, tindakan menguat-kuasakan sekatan jalan raya oleh PDRM dan arahan kerajaan menutup beberapa premis adalah bertujuan baik bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 daripada menular.

Antara kain rentang yang dipasang ditepi laluan jalan masuk ke beberapa buah kampung di Ranau.
“Kita harus akur dengan arahan kerajaan, supaya ‘Stay At Home’ (duduk diam di rumah) sepanjang penguat-kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”,jelas Pengerusi MPKK Kg.Paka Dua Ranau, Syeah Amran Bin Subin.
“Kita wajib memakai penutup mulut dan hidung (face mask), kerap membasuh tangan menggunakan sabun (sanitizer) dan menjarakkan 1 meter antara satu sama lain sepanjang PKP yang kini masuk ke Enam hari Fasa 3, (20 April) seperti yang dimaklumkan kerajaan”, kata Ketua Adat (Ketua Kampung) Kg.Tungou Ranau, Haidin Bin Hasim.
Tinjauan penulis ke bebarapa buah kampung di Ranau kelmarin mendapati terpampang kain rentang kenyataan di jalan masuk kampung melarang orang luar masuk ke kampung mereka tanpa urusan penting. TAMAT