GAMBAR: Ruby (Kiri)ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima di Kg.Kigiwit.
OLEH: JAINUDDIN NASIR
RANAU: Seramai 34 orang penduduk dari Kg.Kigiwit di sini menerima sumbangan keperluan dapur daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (P.179) Ranau.
Pengendalian penyampaian sumbangan tersebut telah dilaksanakan Jawatankuasa krew 4×4 G-6 Ranau, diketuai Ruby mewakili Timbalan II Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin.
Jonathan ketika dihubungi memberitahu sumbangan itu di berikan kepada mereka yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, penyampaian sumbangan tersebut berupa makanan seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya mensasarkan golongan miskin, ibu-ibu tunggal, dan Orang Kelainan Upaya(OKU).
“Kita mengharapkan kepada mereka yang terseneraikan tetapi belum menerima bantuan itu supaya bersabar kerana bekalan beras kehabisan bekalan (stok) di Ranau buat sementara dan akan sampai salam masa terdekat”, jelas Jonathan.
Jonathan yang juga juga Ahli Parlimen Ranau, menyeru penduduk kawasan Ranau dan Kundasang supaya sentiasa mematuhi arahan kerajaan seperti mengamalkan kebersihan diri termasuk ‘Stay At Home’ (duduk diam- dlm rumah) sebagai usaha memutuskan rantaian Covid-19 yang kini menular seluruh dunia.
“Duduk diam dalam rumah bersama keluarga tersayang dan jangan keluar rumah tanpa urusan penting”, jelasnya. –TAMAT–