27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Mumpait terus membudayakan semangat ‘Bermuafakat’ dan ‘Bersatu-Padu’

BERMUAFAKAT…Antara penduduk Kg.Mumpait yang menyertai Gotong Royong tersebut.

RANAU: Penduduk Kg.Mumpait di sini, terus membudayakan semangat ‘Bermuafakat’ dan ‘Bersatu-Padu’ dalam menjayakan program-program berfaedah demi manfaat  penduduk kampung berkenaan yang kini mencecah 257 orang.

Pengerusi JPKK Kg.Mumpait, Jatirin Bin Durasit berkata, dari dulu, sekarang dan selamanya penduduk kampung itu sentiasa bersatu-padu dan harmoni tanpa membezakan anutan agama dan idologi politik.

“Warga kampung di sini yang majoritnya suku kaum Dusun,  tiada timbul masalah dari segi agama atau politik kerana itu adalah pilihan dan hak  individu”, jelas Jatirin ketika ditemui pada satu projek Gotong-Royong membersihkan kawasan Tadahan Paip Graviti yang membekal kan penduduk kampung berkenaan.

Lebih 20 orang wakil keluarga  kampung itu menyertai gotong royong tersebut.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN