33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk lega, jambatan menuju ke Kg.Gusi, siap dibaik pulih

SIAP…Jambatan kayu sudah siap dibaiki.

RANAU: Ribuan penduduk dari puluhan buah kampung terletak kawasan  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang ,  menarik nafas lega kerana jambatan kayu menuju ke Kg Gusi kini sudah siap dibaik pulih.

Inisiatif untuk membaik pulih itu diusahakan Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Jambatan kayu tersebut telah siap dibaiki dengan kos RM26 ribu menerusi peruntukan Ahli Parlimen Ranau.

Jambatan itu yang terletak  di sempadan antara Kg.Karagasan dengan Kg.Tundangon menuju Kg.Gusi terletak 85 kilometer dari pekan Ranau. http://Borneo Daily Bulletin
        

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN