Kelihatan pemimpin dan penduduk kampung bergotong-royong membaiki jalan Sri Tanjung Kampung Binaong.
KENINGAU: Penduduk Binaong khususnya Sri Tanjong Binaong merasa lega bila jalan masuk ke Sri Tanjung Binaong telah dibaiki kepada jalan konkrit.
Pengerusi JPKK Kg Binaong Ambrose Salangkan memberitahu pembinaan jalan konkrit itu adalah bantuan dan sumbangan Ahli Dewan Undangam Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Pembinaan tersebut dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk kampung yang bersepakat membina jalan tersebut.
Ambrose dan penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada Robert Pembantu Menteri Kerja Raya atas keprihatinan mengatasi masalah penduduk kampung.
Beliau juga berterima kasih staff Starsabah Bahgian N.40 Bingkor Encik Sonjas Junaidi yang menyelaras pembinaan tersebut.
Bagi memenuhi sebahagian keperluan penduduk, tidak semestinya melalui projek tetapi ianya boleh dilaksana melalui usahasama antara pemimpin dan komuniti melalui kerja gotong-royong.
Antara usaha yang dilalukan melalui kaedah ini adalah kerja membaiki laluan jalan Sri Tanjung Kampung Binaong yang mengalami kerosakan.
Kerja membaiki laluan yang rosak tersebut dilakukan secara bergotong-royong yang turut disertai oleh Pengerusi JPKK bersama AJK,Ketua Kampung,Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor dan dijayakan dengan kehadiran dan kerjasama penduduk setempat.
Laluan jalan Sri Tanjung yang sebelum ini mengalami kerosakan dan menyukarkan pengguna kini selesai setelah bahagian jalan rosak tersebut dibaiki atas ikhtiar dan sumbangan ADUN Bingkor untuk membina jalan konkrit dengan membekalkan alat binaan iaitu semen ready mix bagi kegunaan menyiapkan kerja pembaikan jalan tersebut.
Semoga pembaikan laluan tersebut memberi keselesaan kepada penduduk yang menjadi pengguna tetap laluan Sri Tanjung.