ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Labuan sekali lagi hadapi masalah ganguan bekalan air bersih

Samsudin ketika mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan gangguan air bersih bersama JBA Labuan, pagi kelmarin.

LABUAN: Penduduk Labuan sekali lagi dilanda masalah gangguan bekalan air yang agak kritikal.

Hai ini (Rabu) sudah memasuki hari ke empat penduduk Labuan tidak menerima bekalan air,

Ganguan bekalan air ini berlaku susulan masalah kerosakan Raw Water Pump (RWP) di Loji Rawatan Air Lawa Gadong, Beaufort.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi Perbadalnan Labuan, Simsudin Sidek, kelmarin.

Samsudin berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan bagi memulihkan sistem bekalan air secepat mungkin.

Jelas beliau, mesyuarat tersebut turut melibatkan wakil jabatan dan agensi kerajaan bagi menyelaras bantuan, khususnya ke kawasan yang mengalami gangguan kritikal.

Sebagai langkah sementara katanya, JBA Labuan akan menyalurkan bekalan air ke tangki statik yang ditempatkan di kampung-kampung bagi memenuhi keperluan harian penduduk terjejas.

Selain itu, Perbadanan Labuan juga turut mengadakan perbincangan bersama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan pengagihan bekalan air dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan menyeluruh.

Beliau menegaskan kerjasama serta komitmen semua agensi yang terlibat amat penting dalam memastikan keperluan bekalan air penduduk sentiasa diberi perhatian dan tindakan sewajarnya dapat diselaraskan dengan segera.

“Perbadanan Labuan komited untuk terus bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam menangani isu bekalan air demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Labuan”, katanya.

Dalam perkembangan yang lain beberapa pengusaha makanan dan minuman terpaksa menghentikan aktiviti perniagaan berikutan ketiadaan bekalan air bersih bermula Ahad lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN