29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Labuan alami gangguan bekalan air

PECAH… keadaan air yang melimpah keluar selepas paip bawah tanah berukuran 800mm diameter bocor di Pulau Enoe sejak lima hari yang lalu.


LABUAN Dianggarkan kira-kira 85 peratus penduduk Labuan mengalami gangguan bekalan air yang amat kritikal selepas paip utama berukuran 800 diameter yang membekalkan air ke loji utama rawatan air Jalan Kolam mengalami kebocoran sejak lima hari yang lalu.


Pengarah Jabatan Bekalan Air Labuan, Muhamad Zulkeflee Yusof berkata, pihaknya telahpun melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan bermula pada Selasa lalu.


“Namun keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang minggu ini menyebabkan usaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sekaligus gangguan ini dijangka akan berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 hingga ke 10 hari” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.


Menurut beliau kebocoran paip yang mula dikesan pada Sabtu itu merupakan paip utama yang menyalurkan air dari tangki penerima di Pulau Enoe ke tangki yang membekalkan air kepada pengguna di pulau ini.


Zulkeflee berkata, bagi mengelakkan pengguna menghadapi kesulitan yang agak teruk, pihaknya telah menyediakan tujuh tangki air statik yang diletakkan di beberapa kawasan terjejas meliputi kawasan perumahan dan juga kampung.


Sementara itu, Perbadanan Labuan yang menyedari tujuh tangki yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air untuk penduduk kampung tidak mencukupi, telah mengambil inisiatif untuk menambah jumlah tangki starik sedia ada kepada 13 tangki untuk ditempatkan di kesemua 27 buah kampung terutamanya yang terjejas teruk ketiadaan air.


“Perbadanan Labuan akan meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya dan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) untuk menghantar bekalan air ke tangki statik yang ditempatkan di setiap kampung secara berterusan 24 jam bagi memastikan penduduk kampung menerima bekalan air bersih yang dijangka bermula petang ini (Jumaat)” katanya kepada media di sini, kelmarin.


Pada masa yang sama, Perbadanan Labuan juga akan meminta bantuan daripada anggota Rela dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) untuk membantu warga emas mendapatkan bekalan air yang dihantar terus ke rumah mereka terutamanya mereka yang tinggal di rumah pangsa bertingkat.


Sementara itu, Dr Faray juga meminta pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan Majlis Penguruasan Komuniti Kampung (MPKK) memantau setiap tangki yang diletakkan di kampung masing-masing sentiasa berisi dan mencukupi. http://Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN