26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Tungou jayakan aktiviti gotong-royong.

Sebahagian penduduk Kg.Tungou yang menghadiri gotong royong perdana merakam gambar bersama Jumil (kanan sekali)..

RANAU: ‘Muafakat Membawa Berkat’, ‘Ringan Sama Dijinjing Berat Sama Dipikul’, demikian yang cuba diterapkan  penduduk Kg.Tungou terletak 20 kilometer dari pekan di sini, yang telah mengadakan Gotong Royong Perdana, pada Sabtu.

Gotong royong itu bagi membersih kawasan perkampungan termasuk sepanjang jalanraya menuju ke SK.Tungou, Padang dan Dewan Mini Marandawi.

Aktiviti gotong royong perdana itu juga diadakan atas kesedaran penduduk terhadap kebersihan kawasan kampung mereka agar sentiasa bersih dan cantik sekali gus dapat menghindarkan penyakit yang mungkin disebabkan persekitaran yang kotor selain mampu menjimatkan kos kewangan dan masa serta dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat.

Program bulanan itu telah diketuai Pengerusi JPKK Kg.Tungou, Jumil Rosli dan disertai lebih 40 orang penduduk termasuk 15 orang anggota RELA Kg.Tungou.

Jumil ketika ditemui berterima kasih kepada semua penduduk yang hadir menyertai gotong royong tersebut.

“Kehadiran semua membuktikan ada kerjasama dikalangan penduduk tanpa mengira faktor usia dan agama”, jelas Jumil.

Beliau seterusnya mengharapkan kepada penduduk supaya hadir ke Dewan Mini Marandawi pada 26 Februari bermula jam 2.00 petang bagi  menyambut ketibaan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang akan menghadiri Majlis Santai Bersama Penduduk selepas  perasmian Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah  bagi merebut Piala Pusingannya di Padang SK Tungou pada sebelah paginya.

“Saya menegaskan kepada penduduk yang menghadiri Majlis Santai itu supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan untuk memutuskan jangkitan Covid-19”, tambah Jumil. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN