RASMI….Jonathan memotong reben perasmian jabatan baru sungai Kananapon dekat Kg.Sedul diperhatikan yang lain.
RANAU: Penduduk Kg.Sedul terletak kira-kira 22 Kilometer dari pekan di sini, menarik nafas lega kerana jambatan konkrit merentasi sungai Kenanapon dekat kampung berkenaan kini sudah siap dan boleh dilalui kenderaaan ringan.
Ketua Kampung Kg.Sedul, Francis Longkop berkata, jambatan konkrik menelan kos RM200,000 (dua ratus ribu) itu adalah peruntukan daripada Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.
“Saya mewakili lebih 200 penduduk di kamping ini, berterima kasih atas inisiatif YB Jonathan untuk mencari dana persekutuan bagi menyiapkan jambatan itu yang amat penting sebagai laluan utama penduduk menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau”, jelas Francis turut disokong oleh Pengerusi JPKK Kg.Sedul, Hamri Bin Haili.
Seorang lagi wakil wanita Kg.Sedul, Anjilin Sinabang dari Kg.Sedul 1, turut beterima kasih kepada Jonathan kerana membantu menyediakan peruntukan bagi menyiapkan pembinaan jambatan tersebut yang merupakan satu kemudahan asas yang amat penting kepada penduduk.
Jambatan berukuran 20 meter panjang itu mula di bina awal tahun 2021 dan siap sepenuhnya pada 2 Julai lepas dan perasmiannya telah disempuranakan YB.Jonathan pagi tadi.
Jonathan yang juga Timbalan Menteri II, kementerian Dalam Negeri, (KDN) Malaysia ketika ditemui, selepas merasmikan jambatan tersebut, mengharapkan kepada penduduk Kg,
Sedul dan kampung-kampung sekitar agar manfaatkan jambatan itu sebagai satu landasan untuk maju ke hadapan bukan sahaja sebagai satu kemudahan perhubungan ke pekan Ranau, malah ke kawasan tanah mereka bagi mengusahakan perojek pertanian.
“Saya mengharapkan kepada penduduk di sini agar memanfaatlan sebaik mumgkin jambatan tersebut sebagai landasan memajukan bidang pertanian sebagai sumber utama meningkatkan pendapatan mereka,” tambah Jonathan yang seterusnya mengadakan tinjauan jalan ke Tegoyog Ranau.
Turut hadir pada perasmian jambatan itu ialah, Ketua Polis Daerah IPD Ranau, DSP.Simiun Bin Lomudin dan Hussen Haji Jirat Setiausaha Sulit (kanan) Jonathan.