28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg. Nantabakan Mukim Dalit lega, tanah mereka diiktiraf, diwartakan

Ellron memotong riben sebagai simbolik perasmian perwartaan Kampung Nantabakan.

SOOK:Penantian lebih sedekad lalu bagi penduduk Kampung Nantabakan Mukim Dalit berakhir apabila tanah yang mereka usahakan selama ini diiktiraf dan diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai sebuah kampung.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin berkata, ini adalah hasil perjuangan beliau bersama pemimpin diperingkat akar umbi yang menyuarakan perkara itu.

Katanya  kejayaan hari ini iaitu mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan Kampung Nantabakan hasil daripada kerjasama daripada semua pihak iaitu penduduk kampung dan agensi kerajaan iaitu Safoda.

Ellron yang juga ADUN Sook berkata demikian semasa berucap merasmikan pewartaan Kampung Nantabakan kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya melalui UPPM N.45 Sook akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan sebarang keperluan, permasalahan dan isu pembangunan yang dihadapi oleh masyarakat DUN Sook akan dipenuhi. 

Sementara itu rata-rata penduduk kampung berkenaan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, khususnya ADUN Sook Datuk Ellron Alfred Angin yang memainkan peranan merealisasikan impian mereka selama ini.

Pengerusi JPKK Kampung Nantabakan Kaat Sariup berkata, beliau amat berterima kasih dengan usaha dan keprihatinan Ellron dalam memastikan pewartaan Kampung Nantabakan menjadi realiti. 

“Inilah pemimpin yang seharusnya kita pertahankan, tanpa usahasama daripada beliau, pewartaan kampung ini tidak akan tercapai” jelas Kaat. 

Hadir sama bagi meraikan berita gembira itu Ketua Daerah Sook Risi Raimon, Setiausuaha Politik  Kemeterian Belia dan Sukan Jre Jreneus Pagut, PPM Sook Tony Talasoi serta beberapa pemimpin masyarakat dan penduduk Kampung Nantabakan. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN