Gambar: GIMIKā¦..Louis (kanan) menyampaikan sekotak Facemask kepada Bedy yang mewakili penduduk Kg. Mokodou Ranau, diperhatikan Misi.
RANAU: Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen Ranau (PKRPR) telah mengadakan program penyampaian sumbangan berupa pelitup muka dan cecair pembersih tangan kepada warga Kg. Mokodou di sini, baru-baru ini.
Sumbangan tersebut melibatkan 40 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang disampaikan Pegawai Perhubungan Parlimen merangkap Ketua Penyelaras DUN Kundasang, Louis Sinti bersama Pembantu Pegawai Kebajikan (Jurutaip), Misi Sambulang bagi mewakili Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Menurut Louis, sumbangan tersebut adalah kegunaan harian walau dimana sahaja berada lebih-lebih lagi di kawasan bergejala seperti Kg. Mokodou yang sedang menjalani arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama 14 hari ekoran peningkatan kes Covid-19 di kampung itu dan masih dalam kawasan Zon Merah.
“Saya mengharapkan agar para penduduk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan seperti kerap membasuh tangan dengan Hand Sanitizer, memakai facemask, mengamalkan penjarakan 1 meter antara individu lain dan tidak mengadakan perkumpulan ramai demi memutus rantaian covid-19 yang belum pasti bila akan berakhir”, jelasnya.
Sehubungan dengan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kg. Mokodou Ranau, Bedy Simporokot sekali gus menerima sumbangan tersebut bagi mewakili penduduk kampung berkenaan.
Beliau merakam setinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan daripada PKRPR menghulurkan sumbangan seumpama itu dan memahami kekangan yang dihadapi penduduk.
“Kami akan sentiasa mematuhi SOP dan memanfaatkan sebaik-baiknya kemudahan seperti Facemask dan Hand Sanitizer, ini kerana ianya adalah wajib dipakai pada norma baharu masakini”, katanya.