ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg. Longut Lama ucap terima kasih kepada Abidin Madingkir

OLEH: SALWAH ARAMAT

RANAU: Sebanyak 46 buah keluarga penduduk Kg. Longut Lama di sini, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir kerana menyalurkan bantuan di kampung itu baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Marlina Jani memberitahu seluruh warga kampung yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat bersyukur dan berterima kasih kerana telah menerima bantuan berupa keperluan dapur.

Katanya, bantuan tersebut sekurang-kurangnya akan dapat meringankan beban golongan sasar sepanjang tempoh PKP.

Balang Apin turut menerima bantuan tersebut.

“Terima kasih juga kepada Abidin atas sumbangan berupa keperluan peribadi kepada salah seorang warga emas yang sedang terlantar sakit di kampung ini.

“Saya mewakili penduduk mengucap syukur dan berterima kasih Abidin di atas keprihatinan menyalurkan bantuan kepada penduduk di sini jelas Marlina.

Sebahagian penduduk Kg. Longut Lama yang menerima bantuan.

Sementara itu, Abidin mengharapkan agar bantuan yang disalurkan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung penduduk kampung berkenaan.

Beliau sempat berpesan kepada mereka agar patuh kepada arahan PKP sepanjang tempoh yang dijalankan bagi mengelakkan diri dari jangkitan Coronavirus yang telah mengorbankan ribuan nyawa seluruh dunia.

Hadir sama dalam pengagihan bantuan itu ialah Ketua Adat Kg. Longut Lama, Balang Apin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abidin. –TAMAT

Marlina menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN