Kerja-kerja penyelanggaraan dan pemasangan culvert baru.
KENINGAU:Penduduk Kampung Kumawanan Baru Bingkor merasa lega apabila masalah culvert sering tersumbat pada musim hujan selasai.
Pengerusi JPKK Kampung itu Jamilah Bianus berkata, masalah tersebut selasai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyumbangkan culvert yang bersaiz besar menggantikan culvert sedia ada yang tidak dapat menampung aliran anak Sungai Mangkuluk pada musim hujan.
“Sebelum ini limpahan air akibat culvert kecil sedia ada bukan sahaja menybabkan limpahan air di beberapa buah rumah penduduk tetapi turut merosakkan jalan” katanya.
Baru-baru ini jelasnya, anak sungai Mangkuluk telah menghakiskan jalan raya di lokasi berkenaan dan tebing jalan runtuh akibat banjir kilat.
“Namun atas keprihatinan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya masalah itu dapat di atasi dengan segera” kata Jamilah.
Jamilah memberitahu lagi ADUN Bingkor itu bukan sahaja menyumbang culvert yang baru tetapi sekali gus dengan penyewaan jentera untuk melakukan kerja-kerja penyelanggaraan dan memasang culvert.
Sehubungan itu Jamilah mewakili penduduk merakam dan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Robert kerana dengan selasai masalah itu penduduk kampung terutama pengguna jalan ini untuk boleh menggunakan laluan itu setiap hari semasa menjalankan aktiviti masing-masing.
Seorang penduduk pengguna jalan ini Cikgu Stephen Ansim turut bersyukur dan merakamkan penghargaan keatas usaha murni Wakil Rakyat Bingkor pemasangan culvert baru itu.
Katanya, kini penduduk merasa selesa apabila masalah yang sudah sekian lama itu selasai.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pemaju Mukim Bingkor George Dairi atas usaha beliau dan pejabat UPPM Bingkor yang banyak membantu sehingga kerja-kerja ini dapat diselesaikan dengan baik dan sepenuhnya demi kebaikan keseluruhan penduduk Kampung Kumawanan Baru Bingkor.