30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Kosisingon ucap terima kasih kepada Jonathan Yasin

GIMIK…Jonathan memotong reben Perasmian Gerai Penduduk Kg.Kosisingon diperhatikan Roslina dan tetamub yang lain.

RANAU: Warga Kg.Kosisingon terletak18 kilometer dari pekan di sini, merakam penghargaan dan terima kasih kepadaTimbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin kerana membantu penduduk menyalurkan peruntukan berjumlah RM72 ribu, iaitu kos membina Gerai Kampung (RM50 ribu), Pembinaan Tandas (RM17 ribu) dan sumbangan RM5 ribu lagi untuk tabung JPKK bagi  membantu anak-anak Kg.Kosisingon yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan (IPTS).

Pengerusi JPKK Kg.Kosisingon, Roslinah Binti Yunus, mewakili penduduk merakam penghargaan itu ketika ditemui selepas majlis Kaamatan peringkat kampung dan Perasmian Gerai Kampung berkenaan yang  telah disempurnakan Datuk Jonathan pada Ahad.

Peruntukan  RM50 ribu bagi membina Gerai Kampung yang kini 95 peratus siap itu, telah diluluskan lebih awal manakala kos pembinaan tandas dan Tabung kepada JPKK telah diluluskan sempena majlis pada  Ahad yang dihadiri lebih 40 orang penduduk.

TERIMA KASIH…Datuk Jonathan menerima cenderamata disampaikan Roslinah diperhatikan yang lain.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau dalam ucapanya, memaklumkan semua permohonan yang diterimanya, termasuk pembaikan sistem perparitan di kawasan perkampungan akan  diteliti terlebih dahulu selepas dibuat perinciannya samada projek itu menelan kos yang tinggi atau sebaliknya.

“Kalau  projek itu  menelan kos yang tinggi maka permohonan hendaklah diajukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) untuk pertimbangan”, jelasnya

Menurut Datuk Jonathan, peruntukan kewangan bagi kawasan Parlimem Ranau adalah terhad sedangkan bilangan kampung lebih 100 buah menyebabkan peruntukan yang ada kena agih-agihkan mengikut  keperluan projek yang mendesak.

“Kita bukan pilih kasih, sebaliknya kena fikir dan buat penelitian yang sewajarnya sebelum meluluskan peruntukan kewangan.

“Kita akan salurkan peruntukan kepada projek-projek yang mendesak tanpa memilih sama ada kawasan penyokong kerajaan atau pembangkang, kita akan beri sama rata sebab itu dasar kita”, tambah Datuk Jonathan.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN