Sebahagian penduduk menyertai gotong Royong sementara Tiwol, Jasnie (Tengah) Dan Perimus merakam gambar kenangan.
RANAU: Seramai 75 orang Ketua Isi Rumah penduduk Kg.Kigiok di sini menyertai satu projek Gotong Royong Perdana peringkat kampung itu pagj tadi.
Gotong Royong Perdana itu yang buat kali pertama tahun ini dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg.Kigiok, yang diketuai Pengerusinya, Jasnie Bin Litah, turut dihadiri Ketua Adat (Ketua Kampung) Kg.Kigiok, Ahidi Bin Kasaman.
Tiwol menyampaikan
Peralatan kepada Jasnie diperhatikan Perimus dan Ahidi.
Sempena gotong Royong tersebut, turut disampaikan peralatan berupa 3 buah mesin pemotong rumput, 3 buah alat penyembur racun rumpai sumbangan Pembantu Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan sebuah lagi mesin pemotong rumput bersama sebuah alat penyemburu racun rumpai sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.31 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.
Jasnie (Kiri) mewakili penduduk menyerahkan borang menjadi Ahli Penggerak kepada Tiwol diperhatikan Perimus dan Ahidi.
Semua sumbangan peralatan tersebut telah disampaikan Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Edwin Tiwol Alantas yang mewakili Jonathan turut dihadiri Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Gitiu@Tingsu Ganang, Penolong Pegawai Perhubungan Luar Parlimen, Parimus Taliban dan Pembantu Am Pejabat Parlimen Ranau Saiki Suanti.
Jasnie ketika ditemui merakamkan penghargaan dan terima kasi atas sumbangan kedua-dua pemimpin (Jonathan dan Abidin) sambil menyifatkan sumbangan tersebut dapt membantu penduduk membersihkan kawasan kampung yang kini mencecah 1200 orang penduduk.
“Sumbangan itu akan kami manfaatkan demi kebaikan bersama.
Antara Wanita yang menyerahkan borang keahlian Penggerak Cawangan Kg.Kigiok.
“Dengan adanya peralatan ini juga kami akan manfaatkan untuk mewujudkan kebersihan perkampungan bagi mencapai tahap kebersihan selaras dengan usaha kami mewujudkan sebuah perkampungan yang bersih dan cantik dalam masa yang sama menghindarkan penyakit berjangkit,”jelas Jasnie, sambil menyenaraikan permohonan baharu iaitu, peruntukan kewangan bagi menaiktaraf sistem perparitan utama sekitar kampung, pembaikan kerosakan bangunan Balai Raya untuk Komuniti Wanita dan Pembelian peralatan sukan untuk belia Kg.Kigiok.
Majlis berakhir dengan. Penyerahan borang permohonan keahlian Penggerak Komuniti Negara (Penggerak) Cawangan Kg.Kigiok yang diketuai Jasnie bertemakan ‘1 Rumah, 1 Keluarga, 1 Komuniti’.http://Borneo Daily Bulletin