26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Dambalang pupuk semangat muafakat melalui program ‘Gotong Goyong’

Sebahagian penduduk Kg.Dambalang Marakau Ranau yang menyertai gotong royong tersebut.

RANAU: Program ‘Gotong Goyong’ yang dilaksanankan diperingkat kampung, mampu memupuk semangat permuafakatan, ikatan silaturrahim serta persaudaraan sedia terjalin dikalangan penduduk.

Usaha itu juga adalah antara langkah bagi  menghindarkan jangkitan daripada penyakit berjangkit seperti nyamuk Aedes.

Itulah antara lain yang hendak dipupuk dikalangan penduduk Kg.Dambalang Marakau, yang mengadakan Gotong Royong membersihkan kawasan perkampungan termasuk membersihkan ‘Jalan Desa’ sejauh 1 kilometer di kampung itu baru-baru ini.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg.Dambalang Marakau  yang juga turut menyertai gotong royong itu, Sitiman@Goyong Amin ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada penduduk khususnya para belia (Pengundi Muda) kerana turut turun padang menyertai gotong royong tersebut yang diadakan setiap bulan.

Menurutnya, meskipun dikampung mereka tiada berlaku sebarang kes penyakit akibat jangkitan nyamuk Aedes namun kesiap siagaan perlu dibuat dari masa ke semasa.

“Penyertaan penduduk kampung  menjadi pemangkin kejayaan mencapai objektif gotong royong ini”, jelas Sitiman.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN