27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ratusan penduduk Kg.Bongkud, Namaus bantah cadangan carigali di Bukit Tompong.

RANAU: Ratusan penduduk dari dua buah kampung, Kg.Bongkud dan Kg. Namaus di sini, telah menghadiri satu perjumpaan di Dewan Mini Kg.Bongkud bagi menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan sebuah Syarikat Carigali untuk membuka kawasan Melombong Emas di Bukit Tompong terletak berhampiran kedua-dua kampung berkenaan.

Pengerusi sementara Jawatankuasa Bantahan, PitaYusuf memberitahu perjumpaan kali ketiga itu, bertujuan menyatakan bantahan bagi mempertahankan  persekitaran mereka termasuk tanah pertanian, perumahan, perkebunan, sekolah, klinik, kawasan tadahan air bersih serta kawasan bombon sungai berhampiran dan banyak lagi daripada terjejas berikutan usaha syarikat carigali tersebut.

“Kami membantah keras terhadap usaha pihak Syarikat Carigali (aktiviti melombong) di Bukit Tompong berhampiran kampung kami”, jelas Pita.

Seorang lagi penduduk yang sempat ditemui, Sainin@Onit Bin Hamid turut menyokong terhadap bantahan itu kerana jika dilaksanakan bakal memusnahkan kawasan tadahan air bersih, tanah perkebunan serta perladangan milik penduduk.

Menurut Sainin, operasi carigali jelas melanggar apa yang digariskan dalam Inviroment Impack Assement (EIA) bakal menyebabkan ekosistem dan tanah persekitaran digunakan sebagai laluan machinery  dan tapak penggerudian menjadi kawasan kekal tidak lagi boleh digunakan sebagai lokasi aktiviti pertanian walaupun penduduk dibayar pampasan”, tambah Sainin sependapat dengan seorang lagi penduduk Kg.Bongkud, Bindang Mantakag yang mempengerusikan perjumpaan tersebut.

Bindang mengingatkan penduduk supaya mengikis sikap suka melemparkan tududuhan tidak berasas kepada sesorang yang kononnya mendapat keistimewaan dan bersekungkol dengan pihak Syarikat Carigali.

“Budaya suka menuduh tanpa bukti sahih perlu dikikis dalam diri agar tuduhan tidak berasas itu tidak kembali kepada dirinya sendiri”, tambah Bindang yang juga Ketua Kampung Kg.Bongkud.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN