31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk kampung ucap terima kasih, jambatan siap dinaiktaraf

SIAP…Ahidin merakam gambar berlatarbelakangkan Jambatan Konkrit tersebut.

RANAU: Jambatan kini berubah wajah, daripada jambatan kayu kepada jambatan konkrit,  penduduk Kg. Bahab merakam penghargaan dan  terima kasih Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Lebih 500 penduduk Kg.Bahab dan kampung-kampung sekitarnya berterima kasih kepada Jonathan kerana membantu penduduk  menaiktaraf jambatan sungai Mansahaban untuk laluan para   mengusaha tanah pertanian dan kolam ternakan ikan air tawar mereka.

Pengerusi  Tagal Kg.Bahab, Ahidin Bin Saidin mewakili penduduk berkata, Jonathan telah menyediakan peruntukan RM20 ribu bagi menaiktaraf jambatan itu daripada kayu kepada ‘Jambatan Konkrit’  yang telah mula dibina Disember tahun lepas dan siap sepenuhnya Januari tahun ini.

“Dengan tersiapnya jambatan tersebut, ianya memberi kemudahan kepada  kami mengusahakan tanah pertanian dan perusahaan kolam kami termasuk Bombon Sungai Mansahaban”, jelas Ahidin ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum jambatan itu dinaik taraf, penduduk terpaksa menyebarangi sungai ke kawasan pertanian terutama musim tengkujuh kerana sungai Mansahaban banjir tidak dapat dilalui.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN