26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk kampung terkesan banjir adakan gotong royong baiki kerosakan Paip

KERJASAMA…Clement (empat kanan) bersama sebahagian belia yang menyertai gotong royong tersebut

RANAU: Seramai 45 orang penduduk Kg.Dambalang Marakau dan Kg.Kituntul Lama di sini, mengadakan Gotong Royong Perdana (GRP) baru-baru ini bagi membaiki kerosakan Paip Graviti yang membekalkan lebih 200 pengguna di dua buah kampung  berkenaan.

Pengerusi Komuniti Kg.Dambalang Marakau dan Kg.Kituntul Lama, Clement Bin Umbun memberitahu,  tadahan Paip Graviti terletak kira-kira 4 kilometer dari pusat kampung itu rosak teruk ketika berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh pada malam 14 Januari, turut menjejaskan perumahan penduduk.

“Berikutan kerosakan yang berlaku kami mengucapkan terima kasih atas bantuan daripada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang menghulurkan bantuan berupa peralatan paip graviti yang telah mengalami kerosakan.

“Saya mewakili penduduk kampung-kampung terlibat berterima kasih atas keprihatian serta bantuan kedua-dua  pemimpin itu”, jelas Clement ketika ditemui selepas gotong royong yang mendapat kerjasama padu dikalangan penduduk.

Menurut Clement Datuk Jonathan bukan sahaja menghulurkan bantuan peralatan paip graviti malah pernah datang bersama penduduk dan staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau untuk membersihkan halaman rumah yang terlibat banjir lumpur yang berlaku.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN