25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kampung Bukit Kuda bersedia hidup ‘bersama’ COVID

MOHD DZULFAIZAL (duduk dua dari kanan), Madzan (duduk kanan sekali) bersama pasukan Sukarelwan PRIVO ketika menemui penduduk kampung Bukit Kuda pada program tersebut.

LABUAN: Penduduk Kampung Bukit Kuda  di sini  telah pun  bersedia untuk hidup bersama  COVID dengan mengamalkan norma kehidupan baharu.

Ketua Kampung Bukit Kuda, Madzan Yunus berkata, warga Labuan khususnya penduduk Kampung Bukit Kuda tidak mempunyai  pilihan selain terpaksa mengamalkan  kehidupan dengan norma baharu dan menerima suntikan vaksin untuk meneruskan kelangsungan hidup memandangkan pendemik COVID 19 ini tidak akan hilang dalam waktu terdekat.

“Sehubungan itu penduduk kampung Bukit Kuda telahpun mengembeling tenaga  dan berkolaborasi bagi memastikan  setiap penduduk  kampung mengamalkan norma baharu serta  mempastikan  tidak ada individu  atau penduduk kampung yang layak menerima vaksin daripada tercicir.

 “ Saya amat bersyukur kerana penduduk kampung Bukit Kuda  mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memerangi pendemik COVID 19 dengan menekankan mengenai  pentingnya mendapatkan vaksin yang  bukan sahaja untuk melindungi diri dan keluarga masing-masing tetapi juga sebagai persedian untuk hidup bersama COVID “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Gerak Kerja Sukarelawan Privo dalam mencapai 100 peratus vaksinasi Labuan.

Menurut Madzan lagi, pihaknya akan terus mengerakkan kempen agar setiap individu dan penduduk kampung Bukit Kuda yang belum lagi menerima vaksin  supaya mengambil suntikan dengan segera.

Sementara itu,  Pengerusi MPP Labuan yang juga ketua kordinasi program tersebut,  Mohd Dzulfaizal Ab Manan   menjelaskan, ia  adalah sebahagian daripada kempen Program Imunisasi COVID 19 Labuan  bagi memastikan setiap warga Labuan yang layak tidak tercicir daripada menerima vaksin disamping menyasarkan 100 peratus penduduk Labuan telah divaksin.

Melalui program ini, sukarelawan Privo telah diberi amanah untuk menjalankan  gerak kerja dengan mengunjungi  penduduk kampung secara rawak di setiap  kampung yang ada di pulau bebas cukai.

 “Disamping itu,   mereka juga memberikan kefahaman kepada penduduk kampung mengenai amalan norma baharu   yang telah digariskan oleh kerajaan serta mengajak penduduk kampung yang belum menerima vaksin .” katanya.

Pada program itu ketua keluarga yang ditemui menerima bakul makanan dan pelitup separuh muka yang disampaikan oleh Madzan dan Mohd Dzulfaizal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN