27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk jayakan gotong royong baiki jalan

Muhinin (dua dari kanan) merakam gambar dengan sebahagian penduduk Kg.Tungou yang menghadiri gotong royong tersebut.

RANAU: ‘Muafakat Membawa Berkat’, ‘Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul’, itulah ungkapan yang dibudayakan penduduk Kg.Tungou yang mengadakan Gotong Royong membaiki kerosakan jalan sejauh 1 kilometer yang digunakan penduduk  sebagai laluan utama harian dan menghantar anak ke SK.Tungou.

Ketua kampung Kg.Tungou,  Muhinin Gisiu yang turut menyetai gotong royong tersebut ketika ditemui memberitahu, keadaan  jalan yang mereka baiki itu belum pernah  dinaiktaraf.

“Keadaan sepanjang jalan ini sudah rosak berlubang-lubang (dawai simen sudah terkeluar) menyebabkan tayar pemilik kenderaan   mengalami kerosakan”, jelas KK Muhinin.

Beliau mewakili penduduk merakam penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun kerana menyediakan peruntukan untuk tujuan membaiki kerosakan jalan raya yang dimaksudkan.

“Kita berterima kasih kepada Datuk Masidi  kerana membantu dan mengharapkan ada bantuan  lagi bagi menyiapkan kerosakan yang masih belum dibaiki.

“Kami bergotong royong kali kedua ini terpaksa terhenti kerana bekalan simen tidak mencukupi untuk membaik-pulih kerosakan yang berlaku”, jelasnya.

Muhinin juga  memuji  dan berterima kasih atas kehadiran lebih 20 orang penduduk yang menyertai gotong royong  tersebut..

“Kita mengharapkan   lebih ramai lagi akan hadir pada  gotong royong akan datang”, tambah Muhinin.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN