25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk sekitar kawasan tanah runtuh di Kundasang dinasihatkan berpindah sementara.

OLEH : ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Penduduk yang mendiami  sekitar lokasi kejadian tanah runtuh di Kundasang Ahad lepas, dinasihatkan  berpindah buat sementara atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendent Polis (DSP) Sammy Newton ( gambar) berkata, ia bertujuan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, susulan kejadian tanah runtuh di Kilometer 96.7, Jalan Kota Kinabalu – Sandakan dekat Kundasang itu, dikhuatiri akan berlaku gelinciran tanah, terutama pada musim hujan.

Jalan putus akibat tanah runtuh

“Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah dinasihatkan, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan itu supaya berpindah dari kediaman masing-masing buat sementara waktu.

“Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau juga akan sentiasa memantau keadaan di lokasi dan sekitarnya dari masa ke semasa termasuk laluan alternatif untuk mempastikan kelancaran lalulitas,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disyorkan pihak polis untuk ke di destinasi masing-masing  mengikut kesesuaian kenderaan yang digunakan.

Katanya, pengguna dari Ranau-Kundasang  (Kenderaan ringan sahaja), laluan yang disyorkan ialah Kg.Kibbas – Kg.Mohimboyon – Kundasang Lama – Bulantan Pichai, laluan Kg.Semuruh – Kg.Kinaundusan – Kg.Kundasang Lama-Bulatan Pichai, atau Kg. Pinausok – Kg.Kouluan – Kg. Cinta Mata – Pekan Kundasang.

Pengguna dari Sandakan ke Kota Kinabalu/ Kota Kinabalu-Pantai Timur Sabah (Kenderaan ringan sahaja), laluan alternatif ialah, Ranau-Kg.Kibbas, Kg.Mohimboyon – Kundasang – Kota Kinabalau (Sandakan ke Kota Kinabalu). Manakala dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur, laluan Kota Kinabalu – Kundasang – Kg.Mohimboyon – Kg.Kibbas – Pekan Ranau.

“Manakala bagi semua kenderaan berat seperti lori, bas express atau kenderaan melebihi 5 Tan ke atas dari Pantai Timur Sabah atau Kota Kinabalu, dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif Ranau – Tambunan – Kota Kinabalu.

“Seterusnya, bagi pengguna kenderaan berat dari Kota Kinabalu yang ingin melakukan perjalanan ke Ranau dan Pantai Tomur Sabah, disarankan menggunakan laluan Kota Kinabalu – Tambunan – Ranau – Pantai Timur Sabah atau Kota Kinabalau – Kota Marudu – Pantai Timur Sabah,”  jelas beliau.

Antara laluan Alternatif

DSP Sammy turut menasihatkan semua pengguna jalan raya disetiap laluan  yang dicadangkan agar sentiasa berwaspada dan memandu secara berhemah, memandangkan cuaca kurang baik disamping  keadaan jalan yang sempit serta melalui beberapa perkampungan.

Dalam kejadian jam 08 Disember lalu, lebih kurang jam 9.40 malam, ratusan kenderaan yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke pantai timur Sabah dan sebaliknya terkandas selepas berlaku tanah runtuh dalam skala besar menyebabkan jalan utama terputus.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN