32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk di negeri ini diingatkan berwaspada dengan penyakit nyamuk Aedes.

Robert menanam pokok palma sebagai simbolik perasmian penutupan program gotong-royong itu.

KENINGAU:Penduduk di negeri ini  diingatkan agar berwaspada penyakit lain seperti penyakit denggi yang disebabkan oleh nyamuk aedes.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pada tahun lepas Sabah merekod 1,763 kes dengan  lima kematian.

“Angka ini mungkin dilihat kecil berbanding Covid-19, namun kita perlu bimbang kerana kawasan kita juga sering terdedah dengan penyakit-penyakit bahaya ini. Perlu kita ingat penyakit denggi adalah penyakit yang amat bahaya dan membawa kepada kematian” katanya.

Robert yang juga ADUN Bingkor semasa berucap merasmikan penutupan Program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes KRT Sabah/Keningau 2022.

Mengenai program ini Robert berkata, ia adalah satu langkah bijak Kementerian Perpaduan Negara yang digerakkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan KRT-KRT di seluruh Malaysia untuk memerangi penularan penyakit denggi.

Robert bersama Puan Delin bergambar bersama pemimpin-pemimpin KRT dan masyarakat yang hadir.

Katanya, program ini pastinya mampu untuk membenteras penularan ke denggi disamping memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa membersihkan kawasan supaya penularan penyakit denggi dapat dikawal.

“Langkah pencegahan seperti ini amatlah dialu-alukan dan perlu diteruskan dari masa ke semasa” jelasnya.

Selain itu katanya, gotong-royong yang dianjurkan juga dilihat sebagai satu program berteraskan perpaduan selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Hadir sama Pengarah JPNIN Sabah Puan Delin Liet Blaun, Pegawai Perpaduan Zon Pedalaman Atas John Aping, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Keningau dan Pemimpin-Pemimpin KRT di kawasan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN