27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Bebuloh sambut baik jadikan Pulau Batu Larai-Larai tarikan pelancong

UNIK…. keadaan Pulau Larai-LaraiĀ  yang dapat dilihat ketika berlakunya fenomena air surut besar.

LABUAN – Penduduk kampung Bebuloh Laut menyambut baik cadangan Perbadanan Labuan untuk menjadikan Pulau Batu Larai-Larai sebagai Ā salah satu tarikan pelancong yang baharu di pulai ini.

Ketua Kampung Bebuloh, Kamal Ariffin Haji Khalidin, berkata usaha menjadikan Pulau Batu Larai-Larai  sebagai salah satu produk pelancongan dilihat mampu menjadi kenyataan  dengan penglibatan penduduk kampung untuk membangunkan pasarana  yang akan menjadi pengubung Kampung Bebuloh  dengan  Pulau Batu Larai-Larai.

Namun pada masa yang sama beliau menegaskan nama asal Pulau Batu Larai-Larai perlu di kekalkan Ā dan seterusnya di komesialkan tanpa menamakan Ā nama lain seperti yang dilaporkan sebelum ini sebagai Batu Layar-Layar.

MENARIK…. kumpulan media tempatan bersama sekumpulan pegawai Perbadanan Labuan ketika menerokai Pulau Batu Larai-Larai.

ā€œPenduduk Kampung Bebuloh ingin membentulkan nama sebenar kawasan tersebut sebagai Pulau Batu Larai-Larai   ini kerana Pulau Batu Larai Larai mempunyai nilai  tersendiri terutamanya kepada nelayan di kampung iniā€ katanya ketika ditemui media  di sini baru baru ini.

Jelas beliau,  sebelum ini Pulau Batu Larai-Larai yang hanya dapat di lihat  apabila berlakunya  fenomena  air laut surut  besar dan ketika  inilah para nelayan disini berduyun duyun  untuk mencari sejenis siput atau kerang  yang dipanggil oleh penduduk setempat ā€˜Takuyong Larai Larai   yang sentiasa menjadi rebutan para nelayan di kampung ini disebabkan isinya yang lazat.

ā€œBermula dari situlah pera nelayan Kampung Bebuloh memanggil kawasan tersebut sebagai Pulau Batu Larai-Larai  sehinggalah ke hari iniā€ katanya.

Keunikan Pulau Batu Larai-Larai terungkai apabila pihak Perbadanan Labuan  membawa sekumpulan media tempatan untuk melihat sendiri keindahan dan keunikan Pulau Batu Larai-Larai yang telahpun wujud sejak lebih 200 tahun lamanya.

Pulau Batu Larai-Larai yang berukuran lebih dua kali padang bola sepak  mampu menjadi perasing produk ekopelancongan Selangor iaitu Sky Mirrow yang terdapat di Kuala Selangor.

Keunikan yang terdapat di pulau yang mula menjadi sebutan warga Labuan pastinya jika di bangunkan  secara serius  ia bukan sahaja dapat meningkatkan pelancong  untuk datang ke Labuanm tetapi juga dapat melonjakkan ekonomi penduduk kampung.

Malah ia juga dilihat mampu merubah suasana perkampungan nelayan kepada kampung ekopelancongan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN