RANAU: Seorang pendaki wanita tempatan terpaksa digendong turun ke Timpohon Gate selepas mengalami sakit perut di Gunung Kinabalu pada hari Khamis.
Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Laban Rata Gunung Kinabalu pada kira-kira jam 2.50 pagi.
“Kita menerima panggilan berkenaan insiden itu melalui Talian Balai lalu menggegaskan satu Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar) diketuai Komander Operasi, PBK II KUP Nickson Juni.
“Setibanya di lokasi kita mendapati terdapat seorang pendaki wanita berusia 35 tahun mengalami sakit perut.
“Pasukan PBB Mosar bersama anggota Taman-Taman Sabah serta Malim Gunung melakukan pemeriksaan dan rawatan awal kepada mangsa,” katanya.
Tambah Ridwan, seterusnya mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan teknik ‘piggy back carry’ dan dihantar ke Hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Operasi tamat pada jam 7.42 pagi,” jelas beliau.
TAMAT