30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia

Allahyarham Lok-U yang berusia 47 tahun difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjogging.

PENGARAH muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi Rabu.

Allahyarham Lok-U yang berusia 47 tahun difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjogging.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Lok-U meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Sehingga pukul 11.45 pagi tadi, berita pemergian mengejut Allahyarham Lok-U mula dikongsi oleh penggiat muzik tanah air.

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.-Sumber Awani-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN