33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda UMNO Labuan bantu penduduk kampung terjejas air

ISI TANGKI… Dua ahli Skuad Bakti Pemuda UMNO Labuan bertungkus lumus membantu mengisi air kedalam tangki statik  yang disediakan di kampung terlibat. 

LABUAN: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan  menerusi Skuad Khidmat Bakti Pemuda UMNO  tidak ketinggalan mengerakkan jenteranya untuk membantu menyalurkan  bekalan air kepada empat buah kampung yang penduduknya terjejas teruk akibat terputusnya bekalan air sejak empat hari yang lalu.

Ketua Pemudanya, Saifful Pungot berkata, pihaknya  bersama 10 ahli Skuad
|Khidmat  Bakti Pemuda UMNO  dan penduduk kampung  berpadu tenaga  membantu mengisi air ke dalam tangki statik yang disediakan Bahagian Bekalan Air (BBA) di kampung yang terjejas.

Katanya, sebanyak tiga buah lori milik penduduk kampung telah digunakan bagi tujuan tersebut  bermula pada petang Rabu sehingga  subuh Jumaat.

 “Kami telah mengambil sumber  dari loji rawatan air Sungai Keling  menggunakan lori untuk dihantar dan diisi kedalam tangki statik di empat buah kampung iaitu Pohon Batu, Manikar, Lubok Temiang dan Ganggarak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada hari pertama (Rabu) kami telah mula mengerakkan tenaga untuk membantu mengisi tangki statik seawal jam 5 petang dan berakhir pada jam 3 pagi, manakala pada hari Khamis iaitu  hari pertama umat Islan berpuasa, kami bermula selepas selesai sembahyang tarawih sehinggalah jam 2 pagi.

“Kami bersyukur apa yang kami laksanakan sedikit sebanyak mampu melegakan keresahan penduduk kampung yang masih lagi berdepan dengan ganguan bekalan air  kerap berlaku yang tidak diketaui bila akan berakhir” katanya.

Sejak Isnin lalu hampir keseluruhan kampung di pulau ini terjejas teruk akibat terputus bekalan air selepas pam air utama mengalami kerosakkan susulan  gangguan bekalan elekterik.

Menurut Pengarah Bahagian Bekalan Air Labuan, Trinil  Indah Puspita, bekalan air terputus sejak Isnin  lalu berpunca dari litar pintas yang merosakkan papan kawalan pam pasa dua di  stesyen Pulau Enoe.

Bagaimanapun kerosakan itu berjaya dibaiki semula pada malam kelmarin (Khamis) dan penyaluran air ke beberapa tangki imbangan  mula beroperasi secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya menjelang hari ini (Jumaat).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN