27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEMUDA UMNO BEAUFORT DAN BELIA SEPAKAT MENUMBOK TAMPIL HULURKAN BANTUAN

SERAH..Kelihatan Fadthul Radzi ketika menyerahkan sumbangan kepada wakil penduduk semasa majlis penyerahan tersebut.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KUALA PENYU: Sebanyak 60 buah rumah yang diduduki kira kira 300 orang ahli keluarga di kampung Manggis Menumbok dekat sini terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) apabila berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di kampung tersebut.

PKPD yang bermula sejak 14 Jun lepas dijangka akan berakhir 27 Jun ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan dengan menghalang pergerakan masuk individu luar ke dalam kawasan

Selain itu pelaksanaan PKPD dilokati tersebut juga untuk menyekat pergerakan pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan bersiko keluar dari lokaliti tersebut.

Kebanyakan penduduk yang terlibat berkerja sendiri samaada sebagai petani atau nelayan

Menyedari kesukaran penduduk yang terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh dua minggu dengan perlaksanaan KPD tersebut, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort dengan kerjasama Persatuan Belia Sepakat Menumbok kemarin tampil menghulurkan bantuan berupa bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut dilakukan bersama oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Fadthul Radzi Lee dan Pengerusi Persatuan Belia Sepakat Menumbok Ak Zulfadhli Pg Jaafar yang turut disertai oleh Setiuasaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Ag. Mohd Izzan.

Ketika ditemui selepas majlis penyampaian tersebut Fadthul Radzi berkata sumbangan itu bertujuan untuk meringkan beban penduduk kampung yang terlibat semasa menjalani PKPD

“ Kita faham setuasi sukar yang mereka (penduduk) hadapi dalam tempoh dua minggu terpaksa berkurung di rumah tanpa boleh melakukan aktiviti yang boleh menjana pendapatan mereka seharian,justeru dengan sedikit sumbangan ini kita berharap dapat meringankan beban yang mereka tanggung” katanya.

Sementara itu Ak Zulfadhli meminta penduduk yang terlibat dengan PKPD tersebut agar bersabar dan sentiasa mematuhi peraturan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“ Tindakan untuk melaksanakan PKPD ini bukan bertujuan untuk membebankan rakyat tapi ianya lebih menjurus kepada menjaga kepentingan kesihatan rakyat bagi memutuskan rangkaian penularan virus pandemik Covid-19 tidak merebak dan membahayakan kesihatan penduduk” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN