32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEMUDA GRS KUDAT AKAN GERAK AKTIVITI DEKATI PENGUNDI MUDA

Asmey (duduk, empat dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Pemuda GRS Parlimen Kudat selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.

KUDAT: Pergerakan Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Kudat akan menggerakkan program bagi memikat pengundi muda mengundi calon GRS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

Ketuanya Encik Asmey Ruddy berkata, Pemuda GRS telah menubuh dan menggerakkan jenteranya bagi memastikan kemenangan calon GRS di kerusi parlimen Kudat.

“Siapa juga diletakkan sebagai calon GRS di Parlimen Kudat, Pemuda GRS akan memberikan sokongan padu bagi memastikan kemenangan calon tersebut”.

“Pergerakan pemuda parti-parti komponen GRS kawasan Kudat telah sepakat, akan berkerja kuat dengan sepenuh kudrat demi kemenangan calon GRS dalam PRU 15”, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemuda GRS Parlimen Kudat di Pejabat GRS Kudat, Mutiara Plaza dekat sini, hari ini.

Asmey berkata, Pemuda GRS merupakan barisan hadapan yang akan memainkan peranan mendekati dan memikat pengundi muda khususnya pengundi 18 tahun yang pertama kali membuang undi pada pilihan raya umum ini.

“Pengundi muda perlu membuat pilihan yang bijak bagi memilih kerajaan yang dapat membela masa depan mereka dan negara”.

“Sekiranya pengundi muda salah memilih, mereka kelak yang akan mewarisi pentadbiran dan kerajaan yang lemah dan gagal membangun rakyat dan negeri Sabah”, tegasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN