25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda dan Puteri Umno Keningau, sumbang kewangan baik pulih Surau Kg.Purakagis

Azhar(kanan)menyampaikan sumbangan kepada Mohd Zairul. Turut kelihatan Siti Noor Zati (tengah)

KENINGAU:Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Keningau turut menyumbang dalam bentuk kewangan untuk baik pulih Surau Kampung Purakagis.

Sumbangan itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung  (JPKK )Kampung Purakagis Mohd Zairul bin  Abdullah.

Turut disampai pada ziarah Ramadan itu adalah juadah berbuka puasa untuk surau kampung itu.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Puteri Umno Keningau Siti Noor Zati Kamelah Sairin bersama AJK Pemuda Umno Keningau Azhar Murin.

Siti Noor Zati berharap sumbangan kecil itu dapat membantu penambahbaikan dan aktiviti surau berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN