31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEMINAT FUTSAL DIPELAWA SERTAI KEJOHANAN TERTUTUP PIALA YB DSP MASIDI MANJUN 30 APRIL

RANAU: Para belia yang berminat dan ingin bermain bola sepak futsal di daerah ini dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Futsal Tertutup Daerah bagi merebut Piala YB DSP Masidi Manjun yang akan berlangsung pada 30 April bermula dari jam 6.00 petang, bertempat di Marakau Extreme Futsal.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran bersama ARMADA Ranau, Massa FT, J1R FAMILY, dan Belia Unggul Kg. Paka Dua & Gabungan Belia Daerah Ranau (GBR).

Jurucakap penganjur, Arthur Maurice (gambar) berkata, penyertaan pasukan adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ kerana pihak penganjur menghadkan jumlah penyertaan kepada 24 pasukan sahaja. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM120.

Pihak penganjur menawarkan hadiah menarik seperti wang tunai, piala dan hamper iaitu Johan akan memenangi wang tunai bernilai RM1500 bersama piala dan hamper, Kedua (RM1000, Piala, Hamper) dan Ketiga RM500 (Piala, Hamper). Bagi yang inginkan keterangan lanjut boleh menghubungi Arthur (0166986262) dan Haaq (01136437537).

Menurut Arthur, tujuan mengadakan kejohanan, di samping sebagai satu riadah bermanfaat untuk kesihatan ia juga bagi mencungkil bakat dan dapat merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pemain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN