26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemimpin rakyat kawasan Tuaran ziarah mendiang Robert Johnny Tunggale

JAHID Dan isteri, Datin Malianah Ugau, bersama rombongan kepimpinan masyarakat di kawasan DUN N.14 Tamparuli.

TAMPARULI: Beberapa pemimpin rakyat di kawasan Tuaran menziarahi mantan Ketua Kampung Kg Molisau Tenghilan, mendiang Robert Johnny Tunggale, di kediaman mereka, pada Selasa.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, merupakan antara pemimpin yang terawal menziarahi mendiang.

Menurut Madius, mendiang Robert merupakan salah seorang pemimpin adat yang paling lama memegang jawatan tersebut.

Mantan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, turut hadir bersama rombongan dari Persatuan Keturunan Keluarga Damit (KKD), sekaligus menyerahkan sumbangan bantuan KAJATI dan KKD.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, hadir bersama rombongan kepimpinan masyarakat dari sekitar Tamparuli.

Jahid, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berpendapat, Robert merupakan antara pemimpin kampung yang disegani ramai, dan sering menjadi rujukan oleh masyarakat berkaitan adat kampung.

“Selaku pemimpin, kita ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jasa dan pengorbanan mendiang, dengan harapan semoga Tuhan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman.

Mendiang Robert, 83 tahun, juga merupakan ayahanda tersayang kepada Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Joanes Robert Johnny.

Sejak kelmarin, keluarga mendiang Robert turut menerima ziarah para mantan Ketua Kampung dan pemegang adat dari sekitar Tenghilan.

Menurut maklumat yang diperolehi Dari ahli keluarga, mendiang Robert akan dikebumikan esok (Khamis) di Tanah Perkuburan (Pupulo) Kampung Molisau Tenghilan.

Sebelum itu, upacara pengkebumian sembayang pula akan diadakan pada jam 11.30 pagi di Gereja St James Tenghilan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN