33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemimpin peringkat kampung berperanan sebagai agen kesedaran pentingnya suntikan vaksin

RANAU: Timbalan Mentei II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin menyeru para pemimpin masyarakat akar umbi supaya menjadi agen untuk memberi kesedaran kepada penduduk di kawasan masing-masing bagi menyebarkan maklumat tepat dan betul mengenai kepentingan  Program Imunisasi Covid-19, 3.0 kebangsaan kepada keluarga,  jiran dan komuniti.

Menurutnya, maklumat tepat dan betul perlu disampaikan kepada rakyat akar umbi agar mereka nemahami kepentingan program imunisasi tersebut bagi melandaikan jangkitan  Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jonathan menyatakan demikian dalam siri program ‘Malaysia Prihatin’ KDN yang telah diadakan  di beberapa lokasi di Sabah sepanjang tahun lepas dan tahun ini sebagai memberi maklumat penting  keperluan mengikuti program imunisasi yang  dilaksana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara berperingat.

“Dengan harapan itu, moga keadaan  kehidupan rakyat dan ekonomi negara akan  menjadi lebih baik”, jelas Jonathan ketika dihubungi.

Kerajaan katanya, telah menyediakan  beberapa platform untuk kemudahan rakyat mendaftar bagi program imunisasi tersebut melalui Aplikasi Mysejahtera, Talian hotline dan Lama   sesawang www.vaksincovid.gov.my.

“Pemberian Vaksin Covid-19 adalah secara sukarela tetapi  sangat digalakkan”, tambahnya.
               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN