31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEMIMPIN MASYARAKAT DUN MEMBAKUT HADIRI PROGRAM LIBAT URUS SMJ DAN AGENSI KERAJAAN

AMANAT…Mohd Arifin ketika berucap semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Libat Urus SMJ.

OLEH: HAJI MOHD AMIN HAJI MUIN

MEMBAKUT: Pemimpin-pemimpin masyarakat terdiri dari Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Pembangunan Bandar (JKDB) serta pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Membakut menghadiri Program Libat Urus Sabah Maju Jaya ( SMJ) bersama agensi Kerajaan Negeri di Dewan Persidangan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu petang tadi (Jumaat).


Antara agensi yang terbabit memberikan penerangan kepada pemimpin peringkat akar umbi dari seluruh kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut ini ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB), Jabatan Kerja Raya, Pan Borneo,Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Pejabat Tugas-Tugas Khas Sabah.


Wakil KPLB telah memberikan penerangan tentang pelantikan dan peranan JKKK dan JKDB, Wakil JKR yang diwakili oleh juruteranya di Bahagian Beaufort memberikan penerangan jalan- jalan dibawah kendalian JKR di DUN Membakut, Wakil Projek Pan Borneo untuk pakej Bongawan- Beaufort memberikan penerangan kemajuan Projek Pan Borneo dilaluan itu dan masalah- masalah yang dihadapi, wakik JPSM pula memberikan penerangan tentang peluang2 kursus yang disediakan untuk semua golongan dari belia,wanita dan warga emas,SESB tentang bekalan elektrik di seluruh DUN Membakut termasuk Kuala Penyu dan wakil Pejabat Tugas-Tugas Khas pula memberikan penerangan tentang bantuan2 yang disediakan oleh pejabat itu tentang pendidikan di negeri ini.


Selepas sesi penerangan dan fungsi-fungsi agensi-agensi itu para pemimpin masyarakat itu juga diberikan peluang untuk mengemukakan kemusykilan serta masalah- masalah yang dihadapi oleh kampung-kampung dibawah jagaan mereka.


Semua masalah yang dikemukakan akan diatasi oleh agensi-agensi terbabit dengan kadar segera.
Pemimpin-pemimpin masyarakat ini juga boleh berhubung terus dengan wakil-wakil agensi kerajaan ini jika masalah yang dikemukakan itu belum diambil tindakan.


Wakil dari Pan Borneo memaklumkan kepada para pemimpin masyarakat itu bahawa laluan baharu antara Tandoi- Maweo dijangka akan dibuka sama ada Mei atau Jun tahun ini untuk memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya di daerah itu.


Beliau berkata laluan Maweo- Beaufort pula dijangka akan dibuka sebulan selepas itu iaitu sama ada Jun atau Julai tahun ini.


Sementara itu wakil SESB juga memaklumkan kiosk untuk pembayaran bil2 elektrik juga akan diwujudkan di Pekan Membakut untuk memudahkan pengguna menjelaskan bil-bil elektrik mereka.

Pengerusi- Pengerusi JKKK dan JKDB bergambar kenangan bersama Mohd Arifin (tengah) dan yang lain selepas menerima watikah pelantikan dan peruntukan untuk setiap JKKK/ JKDB seluruh DUN Membakut.


Pemangku Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Membakut, Puan Hajah Surayah Haji Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi-agensi terbabit kerana sudah memberikan penerangan dan menjawab masalah-masalsh yang diajukan oleh prmimpin-pemimpin masyarakat itu.


Beliau berkata dengan penerangan dan penjelasan yang diberikan akan membolehkan pengerusi-pengerusi JKKK dan JKDB ini menjelaskan kepada rakyat akar umbi tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung.


Sementara itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga ADUN Membakut, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif dalam ucapan perasmian penutupannya di majlis itu berkata melalui Program Libat Urus SMJ dan Agensi Kerajasn Negeri ini akan memberikan pendedahan dan maklumat kepada semua yang hadir tentang peranan agensi itu dan peranan yang boleh dimainkan oleh setaip Pengerusi JKKK dan JKDB untuk memaju serta membawa masuk program yang dirancang oleh agensi-agensi itu.


” Melalui penerangan yang lebih jelas dan terperinci yang disampaikan oleh wakil-wakil agensi ini boleh disalurkan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat ini ke akar umbi di kampung dibawah jagaan masing-masing,” katanya.


Mohd Arifin berkata banyak kemudahan dan peluang yang disediakan oleh agensi-agensi ini yang boleh direbut oleh Pengerusi JKKK dan JKDB untuk kepentingan penduduk.


Sambil merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang mengambil bahagian dalam Program Libat Urus ini, Mohd Arifin juga berharap program seumpama ini akan diteruskan lagi membabitkan agensi-agensi yang lain pula.


Pada majlis itu Mohd Arifin juga menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi-Pengerusi JKKK dan JKDB serta peruntukan tahunan berjumlah lebih RM290,000 untuk seluruh JKKK dan JKDB di DUN Membakut untuk melaksanakan program-program mereka.


Pada majlis itu beliau juga menyampaikan peruntukan untuk Program Rumah Ehsan berjumlah RM150,000.00.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN