30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemimpin adat perlu bersama kerajaan putuskan rantaian Covid-19

WATIKAH…. Paul mewakili Flovia menyampaikan watikah kepada salah seorang pemimpin adat dun Tulid.

KENINGAU – Pemimpin adat di Sabah kini tidak hanya tertumpu kepada tugas menjaga adat istiadat malah sebaliknya perlu berusaha bersama kerajaan melandaikan rantaian pandemik COVID-19.

Ia berikutan peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan di Sabah akibat ketidakpatuhan orang ramai.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng berharap, Prosedur Operasi Standard, SOP sedia ada diperketat terutama mengawal pergerakan orang awam demi keselamatan rakyat, khususnya golongan berisiko dijangkiti.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penyampaian Pelantikan Pemegang-pemegang Adat Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung bagi kawasan Dewan Undangan Negeri, DUN Tulid disini pada sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Daerah Kecil Sook, Paul Isidore.

Seramai 48 orang pemimpin adat DUN Tulid menerima watikah pelantikan masing-masing dalam majlis ini.

Dalam majlis berasingan di Nabawan, lapan Pemimpin Pembangunan Masyarakat, UPPM DUN Nabawan, menerima watikah pelantikan masing-masing.

Penyerahan watikah disempurnakan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin.

Berucap dalam majlis ini, Datuk Abdul Ghani juga mahu SOP sedia ada ditambahbaik demi kebaikan semua pihak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN