Gambar: FREDERICK CHUA
LABUAN: Persatuan Pemilik Pusat Hiburan di pulau ini berharap dibenarkan beroperasi semula selepas lebih tiga bulan diarah tutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Pengerusi Penajanya, Frederick Chua (gambar) berkata sejak pelaksanaan PKP premis perniagaan mereka mengalami kerugian tidak kurang daripada RM600,000.
“Justeru itu kami merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar membenarkan premis kami beroperasi semula dengan mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ketat yang ditetapkan bagi menbendung penularan Covid 18” katanya di sini, pada Rabu.
Jelas Frederick sejak arahan PKP di laksanakan pemilik- pemilik pusat hiburan tidak menerima sebarang pendapatan dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membayar gaji pekerja, sewa premis, bil eletrik dan ini sekaligus membebankan sumber kewangan kami.
Beliau berkata, sepatutnya perniagaan mereka juga dibenarkan beroperasi susulan kebenaran yang diberikan kepada pusat spa, perkhidmatan kesihatan dan refleksologi, termasuk yang dikendalikan oleh juruterapi kurang upaya penglihatan yang dibenarkan beroperasi semula sejak 1 Julai lepas.
“Sukar untuk menyatakan jumlah (kerugian) yang tepat tetapi perniagaan hiburan di Labuan yang sinonim dengan gelaran pulau bebas cukai serta hab minyak dan gas ini telah mengalami kerugian melebihi RM600,000 sejak tiga bulan lepas tanpa menerima sesen pun wang atau keuntungan’ katanya.
Jelas Frederick Labuan yang kini berstatus Zon Hijau dengan tiada sebarang kes jangkitan dilaporkan sejak sebulan lepas, juga adalah alasan kukuh untuk membolehkan mereka membuka semula perniagaan masing-masing.
http://Borneo Daily Bulletin