25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemilik premis kedai diseru kebarkan Jalur Gemilang, Bendera Negeri Sabah

Sebahagian peserta Konvoi merakam gambar selepas selesai mengagihkan Jalur Gemilang kepada para pemilik premis di pekan Ranau.

RANAU: Penduduk daerah ini khususnya para pemilik premis kedai diseru agar mengebarkan Jalur Gemilang dan juga Bendera Negeri Sabah di hadapan kediaman mereka untuk menunjukkan semangat patriotism dan nasionalisme kepada negara.


Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, sempena Sambutan Bulan Kebangsaan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, rakyat harus bersyukur atas kemamuran negara yang dikecapi selama ini.


“Kita sebenarnya bersyukur kerana, sebagai rakyat Malaysia, kemerdekaan ini membolehkan kita hidup dalam suasana yang harmoni, aman dan sejahtera.
“Kemerdekaan amat penting bagi kita dan kita sepatutnya berterimakasih kepada para pemimpin terdahulu yang telah berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada kerajaan British dahulu,” katanya.


Justeru, Abidin yang juga merupakan Adun Paginatan berharap generasi muda masa kini mengambil iktibar untuk bersyukur bahawa kemerdekaan adalah penting bukan sahaja kepada generasi sekarang, tetapi juga akan datang.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Daerah Ranau yang diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Ranau pada Selasa.
Sementara itu, ketua rombongan Kembara Merdeka, Mohd Rizal Mohd Yunus yang juga merupakan Penarah Filem Negara (FINAS) Borneo berkata, program ini merupakan program tahunan anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Malaysia.


Namun, katanya, semasa pandemik, penganjuran tidak dapat melaksanakannya, jadi penganjuran kali ini begitu istimewa sekali.


Pelancaran Kembara Merdeka yang disempurnakan oleh TYT Sabah, Yang di-Pertua Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin di Padang Bandaran Kota Kinabalu pada 31 Julai yang lepas.


Porgram ini akan merentasi enam zon, melibatkan 43 checkpoint di 25 buah daerah di seluruh negeri Sabah bermula 9 hingga 19 Ogos dengan bertujuan untuk menggelorakan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.


Perjalanan ini melibatkan jarak perjalanan sejauh 2,150 kilometer dan disertai oleh 17 buah kenderaan dan 50 peserta yang terdiri daripada kakitangan Bernama, RTM, FINAS, Pos Malaysia, MCMC, PDRM, SESB, APM, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Telekom Malaysia dan JaPen.


Setakat ini, rombongan tersebut telah mengembara sejauh 1,423 kilometer dna pada hari ini, rombongan akan bergerak sejauh 272 kilometer meliputi daerah Ranau dan Pitas.


Turut hadir dalam majlis itu, Pegawai Daerah, Jumain Abd Gani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JaPen Sabah, Busmin Brahim, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat tempatan dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN