25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemilik binatang ternakan diminta menempatkan ternakan mereka di lokasi sewajarnya -Jumain

Jumain Abd Ghani

RANAU: Semua pemilik binatang ternakan seperti lembu dan kerbau di daerah ini diminta supaya mengurung atau menempatkan ternakan mereka di lokasi sewajarnya agar binatang ternakan tersebut tidak dibiarkan berkeliaran sehingga mengganggu pengguna  jalanraya.

Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin Abdul Ghani berkata, sering berlaku kemalangan disebabkan  binatang ternakan berkeliaran di kawasan jalan raya sehingga mengekibatkan kerosakan teruk pada kederaan dan kecederaan serius malah kehilangan nyawa.

“Selain itu binatang ternakan berkeliaran itu juga memasuki dan merosakkan kawasan pertanian penduduk lain”,jelas Jumain dalam satu kenyataan menerusi surat pekelilinya baru-baru ini.

Surat pekelilingnya  itu, adalah selaras dengan  ‘Cattle Grazing and Pounds Ordinen (Sabah  Cap: 21) dan  Seksyen  48, Ordinen Mahkamah Anak Negeri 1992.

“Kita mohon kepada Ketua Daerah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), semua Pemaju Mukim, semua Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), semua Ketua Kampung (Pemegang Adat) dan semua Pengerusi JPKK agar  memanjangkan arahan ini kepada penduduk di bawah seliaan masing-masing”, tambah Jumain.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN